Monday 10 October 2011

Sebarau Port Baru



Lesen pertama casting sebarau...

Pada pagi 8/10/2011,aku ngan Burn ke Wang Mu untuk casting..kami menemui satu anak sungai kecil yang keluar dari mulut sebuah gua.Air di anak sungai tersebut jernih dan agak deras.Terdetik seketika dihati untuk menduga adakah ikan yang sudi membaham di port tersebut..Setelah 4 kali casting  rapala dibaham dan dilarikan.

Setelah dinaikkan barulah aku dapat mengenal pasti ikan tersebut dan ia adalah seekor sebarau.Walaupun saiznya tidaklah besar,namun  ini adalah lesen pertama buat aku di port tersebut.



Friday 7 October 2011

Pancing Sebarau


Assalamualaikum buat semua, semalam aku dah post pancing lampam jawa, sekarang aku nak cite pasal mengilat sebarau pulak. Sama je teknik dengan mengilat haruan, cuma mengilat sebarau ni kena pakai duit lebih sikit. sebab nak kena beli rapala atau umpan tiruan. Rapala kena la beli yang mahal sikit sebab kaler, ayunan, desiran, gerakan dan pantulan cahaya yang betul2 menarik perhatian sebarau.

Tapi ade gak masalah kalau umpan tiruan tersangkut. kena terjun sungai la nak amik balik rapala. Paling kurang pun harga rapala terbaik RM40 ringgit.. tu pun tengok keadaan la, kalau terlalu dalam beli je baru.. nyawa beb! rapala boleh di beli tetapi nyawa x boleh di beli. hahaha. Biasanya sebarau bermain di jeram sungai, kawasan air laju. Kalau port baik, meletup-letupla sebarau menangkap kat permukaan air. mesti korang geram tengok. Masa paling sesuai mengilat sebarau ialah pagi dan petang dengan air sungai yang jernih. kalau air kelam lambat skit la nak dapat respon dari sebarau tak pun Ikan Temekong yang sambar pulak..

Pancing Lampam Jawa




















Lampam jawa yang tinggal di dalain kolam atau lombong dapat memberi kepuasan sekiranya anda menggunakan peralatan pancing yang ringan. Teknik yang sama untuk memancing lampam sungai turut boleh digunakan tetapi gunakan joran aksi lembut. Bibir lampam jawa agak lembut dan rembatan yang kuat daripada joran yang keras boleh menyebabkan mata kail tercabut daripada mulutnya.

Sebenarnya, lampam jawa adalah spesies herbivor, jadi dedak dan roti adalah umpan terbaik. Walau bagaimanapun, saya pernah mendapat ikan ini menggunakan gewang layang menyerupai serangga dan anak ikan. Mungkin akibat makanan yang terhad menyebabkan ia memburu makanan hidup pula. Saya sendiri pernah melihat lampam jawa yang besar mengejar anak-anak ikan. Jadi ini juga merupakan berita baik untuk pemancing yang gemar menggunakan gewang.

Semua lampam yang pernah saya tangkap adalah melalui pancing dasar.
Lampam jawa yang hidup di sungai kurang menggemari makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan berbanding lampam jawa yang hidup di kawasan air tenang. Selain umpan biasa seperti dedak dan roti, anda boleh mencuba hirisan buah kelapa sawit, cacing dan juga perut ayam.